Thursday, 8 December 2011

SELAMAT DATANG KE HOMESTAY DI PANTAI CRYSTAL BAY, ALAI MELAKA!

Homestay Crystal Bay@Alai - sebuah rumah penginapan berkembar di kawasan pantai Crystal Bay yang unik dan indah berdekatan Medan Ikan Bakar Sungai Punggur, Melaka.

Pantai Crystal Bay cukup popular sebagai lokasi bagi kaki pancing dengan pemandangan ke Pulau Besar, Selat Melaka. Perjalanan ke bandar Melaka Bersejarah hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit pemanduan.

Homestay Crystal Bay@Alai sesuai sebagai tempat untuk anda beristirehat daripada kesibukan dan kesesakan kota, sambil menghirup udara laut yang segar dan menikmati pemandangan matahari terbenam di senja hari. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati semasa menginap di Homestay ini ialah:
-         Jonker Walk dan Aktiviti River Cruise (11km);
-         A Famosa, Bangunan Stadthuys (9 km);
-         Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan Eye on Melaka (9.3km);
-         Melaka Sentral,TESCO,MyDin (11km);
-         AEON Jusco (13km); 
-         Pulau Besar (dgn bot 20 min) dan banyak lagi….

Fakta ringkas mengenai kemudahan di Homestay Crystal Bay@Alai:

-         3 bilik tidur dengan set katil lengkap,cadar + 2 bilik air;
-         Kemudahan penyaman udara (di bilik utama);
-         Kipas siling di semua bilik, ruang makan dan tamu;
-         Set meja makan dan sofa di ruang tamu;
-         Dapur double dan peralatan memasak (periuk, kuali,etc.);
-         Peti ais,cerek air, seterika, set TV
-         Sejadah, telekong, ubat nyamuk elektrik dsbnya

Fakta MENARIK mengenai Homestay Crystal Bay@Alai:

-         Belakang rumah menghadap ke laut..
-         Kawasan strategik untuk memancing (blkng tembok rumah je..)
-         Kawasan mandi laut dan bermain pasir untuk anak-anak (sblh rumah je..)
-         Hanya 5 minit ke Medan Ikan Bakar Sg. Punggur (dekat je, jln kaki pn boleh..)
-         Alamat Homestay Crystal Bay@Alai:

No. 14 Jalan AP 14
Taman Alai Perdana
Crystal Bay
75460 MELAKA

Di Homestay Crystal Bay@Alai, kami menawarkan sebuah rumah penginapan* yang SELESA & EKONOMI untuk keluarga MUSLIM pada kadar RM200 sehari (RM180/hari untuk hari kedua dan seterusnya)

           Daftar masuk    : dari jam 2.00pm
Daftar keluar    : 12.00pm
Untuk tempahan, sila hubungi Pn. Zaireen di : 017-6936234

* Penginapan di Homestay Crystal Bay@Alai tertakluk kepada Terma dan Peraturan
* Bayaran sewa dijelaskan semasa menerima kunci dan secara TUNAI sahaja.
* Gambar-gambar di blog ini diambil pada tahun 2011 dan kemungkinan terdapat perubahan pada sekitaran kawasan homestay.

2 comments:

  1. salam,

    ada email tak? saya nk tanya 1 dan 2 atau 8dan 9 available tak?

    email sy: herneyg74@gmail.com

    tq

    ReplyDelete
  2. Sila hubungi sy di email thot2110@gmail.com

    ReplyDelete